Jadilah seperti pensel

Posted by: Eyfa Zalifa



Assalamualaikum Semua…Apa khabar?Baik?Oklah tu..
Jom baca cerita nie, kalau rajin lah…


Seorang anak bertanya kepada neneknya yang sedang menulis sebuah surat.
“Nenek lagi menulis tentang pengalaman nenek ye? atau tentang aku?”
Mendengar pertanyaan si cucu, nenek itu berhenti menulis dan berkata kepada cucunya,
“Sebenarnya nenek sedang menulis tentang kamu, tapi ada yang lebih penting dari isi tulisan ini iaitu PENSIL yang nenek pakai. Nenek harap kamu akan jadi seperti pensil ini ketika kamu besar nanti”, ujar neneknya lagi.

Mendengar jawapan itu, cucu itu kemudian melihat pensil yang ada ditangan neneknya dan bertanya kembali kepada neneknya ketika dia melihat tidak ada yang istimewa pun dari pensil yang neneknya gunakan.
“Tapi nek, sepertinya pensil itu sama saja dengan pensil yang lainnya”, Ujar cucunya.
Si nenek kemudian menjawab,
“Itu semua bergantung bagaimana kamu melihat pensil ini. Pensil ini mempunyai 5 kualiti yang boleh membuatmu selalu tenang dalam menjalani hidup, kalau kamu selalu memegang prinsip-prinsip itu di dalam hidup ini”.

Si nenek kemudian menjelaskan 5 kualiti dari sebuah pensil itu.

Pertama:

Pensil mengingatkan kamu kalau kamu boleh berbuat hal yang hebat dalam hidup ini. Seperti sebuah pensil ketika menulis, kamu jangan pernah lupa kalau ada tangan yang selalu membimbing langkahnya dalam hidup ini.

Kedua:

Dalam proses menulis, nenek kadang-kadang akan harus berhenti dan menggunakan penajam pensil untuk menajamkan kembali pensil nenek. Penajam pensil ini pasti akan membuat si pensil menderita. Tapi setelah proses menajamnya selesai, si pensil akan mendapatkan ketajamannya kembali. Begitu juga dengan kamu, dalam hidup ini kamu harus berani menerima penderitaan dan kesusahan, kerana merekalah yang akan membuatmu menjadi orang yang lebih baik dan berguna.

Ketiga:

Pensil selalu memberikan kita kesempatan untuk memadam semula dan memperbaiki kata-kata yang salah. Oleh kerana itu memperbaiki kesalahan kita dalam hidup ini, bukanlah hal yang buruk atau salah. Itu boleh membantu kita untuk tetap berada pada jalan yang benar.

Keempat:

Bahagian yang paling penting dari sebuah pensil bukanlah pada bahagian luarnya, melainkan dakwat yang ada di dalam sebuah pensil. Seperti juga manusia, tiada guna cantik pada luaran tapi pada hakikatnya dalaman penuh dengan kebusukkan.

Kelima:

Sebuah pensil selalu meninggalkan tanda/goresan seperti juga manusia, manusia harus sedar apa pun yang kita perbuatkan dalam hidup ini akan tinggalkan kesan. Oleh kerana itu kita haruslah berhati-hati dan sedar terhadap semua tindakan yang kita lakukan.

Thank You For Reading ^_^



0 doakan Eyfa Zalifa:

Post a Comment

TERIMA KASIH KERANA KOMEN YA :)Really appreciate it..

Footprint sini:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

WHATEVER I THINK Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei