.Kenapa kau manusia tak berhati perut?Aku dah tak percaya orang macam nie:(

Posted by: Eyfa Zalifa


Sekarang nie sering kita dengar tentang isu 'hot' di kalangan society kita...Kejadian Simbah  Asid!Memang tak berhati perut lelaki yang buat macam nie!Sebenarnya apa motif diorang buat macam nie,especially kat golongan wanita..?

Ada jugak khabar angin yang mengatakan diorang buat macam nie sebab kekasih diorang dah tinggalkan diorang..Huh!Kot ye pown kekasih hati kau tinggalkan kau,takde perempuan lain ke?Yang kau nak balas dendam nie apasal?Balas dendam pun dengan memudaratkan orang.Orang lain bukan salah pun.Sebenarnya dia takde motif kot.Suka hati dia je!


Kesian salah seorang mangsa simbah asid:(

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, siasatan mendapati kebanyakan wanita yang menjadi mangsa diserang semasa bersendirian atau berjalan di laluan tidak sesak menuju ke kawasan letak kereta atau stesen transit aliran ringan (LRT)."Lokasi yang kerap menjadi sasaran suspek adalah di tepi jalan sekitar kawasan sekolah, tempat letak kereta, stesen LRT dan pondok menunggu bas.

Aku dahlah pergi sekolah guna LRT weyh..*____*

Ramai pelajar sekolah,tak kira rendah dan menengah tentunya tinggal jauh daripada sekolah.Macam aku,aku guna LRT pergi sekolah,tapi dengan kawanlah.So mereka yang pergi mana-mana tak kira LRT atau bas ke,berhati-hati ok.Pastikan anda selalu berteman.Jangan berjalan berseorangan.Walau bagaimanapun,perempuan yang menggunakan kenderaan seperti kereta juga berisiko untuk diserang di tempat letak kereta.


Katanya, kejadian yang reda seketika selepas 27 Mac lalu, didapati berulang kembali pada 6 dan 7 Mei lalu dengan masing-masing dua kes dilaporkan di daerah Sentul dan Dang Wangi.
"Kebanyakan mangsa adalah kalangan wanita yang dalam perjalanan pergi dan pulang bekerja tetapi terdapat juga serangan berhampiran sekolah di sekitar Bangsar dan Brickfields.''

Takut lah kan..Of course perempuan semua akan takut untuk keluar dari rumah untuk pergi mana-mana.Selain daripada tempat di atas tu,kejadian ini pernah juga berlaku di sekitar Bangsar dan Pudu Lama.Baru-baru ini ada kejadian simbah asid kat Jalan Desa Pandan jugak.Macam aku,tinggal di area sekitar Bukit Bintang,so far tak ada kejadian berbahaya macam ni lah.Thank god!

"Suspek dipercayai seorang atau dua lelaki berketurunan India bermotosikal yang akan datang dari arah belakang mangsa sebelum bertindak menyimbah sejenis cecair dipercayai 'Alkaline-based' atau 'Oxidizing Agent' ke arah muka atau badan mangsa," kata Chin Wah.


Cecair ni tak akan menyebabkan kulit melecur.Tapi iritasi kulit itu ialah kerosakan yang berlaku pada kulit kita.Kulit akan mnjadi merah,sakit dan gatal.Kesannya still negatif,Gatal sikit pun dah tahan nak garu.Kalau asid nie,garu kan,habislah kulit kita.Makin teruk.Makin sakit.




 
Ni gambar lelaki yang tak berhati perut menyimbah asid..

Eh,jap-2..Korang tahu something tak?Semua mangsa kejadian nie Melayu!Ada seorang guru Cina yang turut menjadi mangsa kerana memakai baju kurung dan disangkakan Melayu,Actually,persoalannnya,apa motif dia simbah asid pada perempuan Melayu?Sebab dia benci orang Melayu(especially girls)?


"Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada pihak polis dan mangsa dinasihatkan supaya melaporkan kepada polis dengan cara memanggil hotline 03-21159999 dengan kadar segera supaya tindakan susulan dapat diambil untuk mengesan serta menangkap penjenayah ini. Sementara itu, pihak polis telah meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan di tempat-tempat yang menjadi sasaran kepada penjenayah ini dan memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang supaya penjenayah ini dihadapkan ke mahkamah.


Btw,mangsa sudah dapat dikesan.Motor Hinda Ex5.Nombor plat:WPV 4963.Sebarkan dan berhati-hati kalau ternampak kenderaan ini.Laporkan pada polis secepat mungkin.

KORANG2 YANG TERBACA NI AMBIL LAH PERHATIAN YE. SEKARANG NI ORANG YANG SIMBAH ASID NI MENJADI JADI PULAK, LAGI2 UNTUK KORANG YANG PEREMPUAN TU BERHATI HATI LAH YE, SUSPEK LAKUKAN JENAYAH TAK KIRA TEMPAT. PASTIKAN KORANG TAK BERJALAN KAT TEMPAT YANG SUNYI OK!BE CAREFUL:)

1 doakan Eyfa Zalifa:

Bui Idzra Ryn on 25/5/11 9:18 PM said...

mungkin dia frust pernah kena tolak cinta gadis melayu kot..huhu..hati2 k

Post a Comment

TERIMA KASIH KERANA KOMEN YA :)Really appreciate it..

Footprint sini:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

WHATEVER I THINK Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei