Humban anak kat dinding?Dahsyat!

Posted by: Eyfa Zalifa

KAJANG: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun kini terlantar di hospital selepas kaki kirinya patah dipercayai angkara ibu sendiri yang menghumbannya ke dinding semata-mata untuk melepaskan kemarahan selepas bergaduh dengan suami yang juga bapa kandung mangsa.

Apalah salah anak tu?Kenapa nak baling anak yang tak berdosa tu ke dinding semata-mata  untuk melepaskan kemarahan selepas bergaduh dengan suami ?Tak percaya yang ibu nie yang lahirkan anak yang berusia 2 tahun tu..Kejam.

Selain patah kaki, kanak-kanak lelaki itu turut mengalami lebam serta bengkak pada beberapa anggota badan dan lebih menyedihkan, dia hanya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas seminggu menderita kesakitan.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, kejadian berlaku pada hari pertama umat Islam berpuasa 1 Ogos lalu di sebuah rumah di Taman Orkid di sini. 

Ya Allah!Kalau tak nak bela anak tu,bagi kat orang.Sedih baca berita kat surat khabar.Dahlah seminggu menderita sakit..

“Ibu terbabit yang berusia 23 tahun dipercayai menghumban anak lelakinya berusia dua tahun ke dinding rumah bagi melepaskan kemarahan selepas berselisih faham dengan suaminya.

Berselisih faham dengan suami tak bermakna nak humban anak tu kat dinding kak oiiiiii!!!

“Selepas seminggu berlalu dan mendapati anaknya sering menangis, ibu terbabit membawa anaknya ke Hospital Kajang (HK) dan doktor mendapati mangsa patah kaki kiri serta lebam di beberapa anggota badan,” katanya.

Ada pulak belas kasihan ek?Huh!

0 doakan Eyfa Zalifa:

Post a Comment

TERIMA KASIH KERANA KOMEN YA :)Really appreciate it..

Footprint sini:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

WHATEVER I THINK Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei