Hukum mewarnakan rambut mengikut syarak

Posted by: Eyfa Zalifa 0 doakan Eyfa Zalifa
Assalamualaikum kepada semua pembaca di luar sana.Jom kita tengok hukum mewarnakan rambut/dye.Moga-moga dapat memberikan sebarang informasi.Infromasi ini dipetik dari internet dan dijawab oleh seorang ustaz.


Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan dari kecantikan. ini selaras dengan sabda nabi SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan dan ia bersih dan sukakan kebersihan“.
Oleh yang demikian, perbuatan mewarnakan rambut selain daripada warna hitam adalah harus dengan syarat pewarna tersebut tidak mengandungi bahan-bahan najis dan telap air serta tidak bertujuan untuk menunjukkan kecantikan kepada orang lain.
Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dan lain-lain, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. Mereka semua berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang thiqah. Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :- 
1- Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal, jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.
2- Menggunakan pewarna yang suci dan halal.
3- Tidak mengakibatkan mudarat terhadap kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau alergik ataupun mudarat terhadap janin  akibat bahan kimia pewarna tadi.
4- Memutihkan rambut iaitu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.
Tadi,kat forum tu,ada bebrapa comments..Nak tengok jom..
1."rmai kot pmpn yg akan terasa bila baca entry ni..hehe"
kata ustaz juga:satu je sebab mengapa orang dye rambut. Kerana nak tunjuk pada yang lain. Bila dah niat nak menunjuk, maka hukumnya haram.
2."tapi diorag tak prasan kan….org mlayu kalo dye rambut..it looks horrible!! totally horrible."
3."Apa yang saya belajar dari Pendidikan Syariah Islam, mewarnakan rambut dilarang sebab ia menghalang air wudhu’ dan mandi hadas. Nama pun warna, kan? So, ia sudah tentu menghalang air wudhu’. Seperti juga pewarna kuku, eyeliner dan foundation. Solekan perlu dibersihkan sebetul2nya sebelum mengambil wudhu’ kerana ia menghalang air wudhu’.

Malahan, kalau mayat yang meninggal dengan rambut diwarnakan pun, rambut mayat tersebut akan dicukur kerana ia menghalang air daripada mengalir dengan rata ke seluruh rambut. Sebaliknya, yang saya tahu, menginaikan rambut tak mengapa sebab inai tidak menghalang air wudhu’.
Ada juga jenis yang bleach rambut supaya rambut nampak keperangan. Yang ni adalah haram kerana mengubah kejadian Allah."

4."Bagi kaum Hawa pula, mereka dilarang jg utk mewarnakan rambut walaupun menginaikannya selain dari tujuan perubatan kecuali setelah mendapat keizinan suami. In short, kaum Hawa yg belum kahwin itu tidak boleh mewarnakan rambut mereka. Mereka (kaum Hawa yg telah mendapat keizinan dr suami) tidak boleh menayang rambut mereka kepada orang yg bukan muhrimnya atau ajnabi (orang-orang yg boleh dia kahwani)."
sebenarnya ada banyak lagi comments..But all are seriously terrible.Memang menentang habis-habisan lah!ahaha!Ada yang kata eh apa salahnya..But memamng x salah,,but if for perubatan!I repeat,perubatan!Macam kanser ke kan..

Kesimpulan:
Mewarnakan rambut itu boleh untuk lelaki dan perempuan yg SUDAH beruban putih rambutnya dengan syarat dia pakai INAI dan BUKAN dye rambut di pasaran yang kita sendiri tidak dapat sahkan adakah air dapat menembusinya. Orang yang belum beruban penuh jangan nak berangan nak warnakan rambut ye..
Dan ya, warna yang dibolehkan adalah warna selain warna rambut asal supaya orang lain tidak akan tertipu dengan warna rambut yg masih lg hitam seolah-olah nampak masih lagi muda. Itu tujuan dia Allah haramkan warna ikut warna asal.
Contoh: orang melayu yg rata-rata berambut hitam tidak boleh warnakan rambut warna hitam kembali setelah beruban.
orang putih yg berambut perang tidak boleh warnakan rambut mereka perang kembali setelah beruban.
TAK PAYAH WARNAKAN RAMBUT utk jauhi syubhah!!!
Tak mati pun kalau tak warnakan rambut kan??Dahlah..Tak tahulah nak cakap apa.Hurm..quite this topic here.Korang search lah kat internet k.


so,kalau pakai shurah boleh kowt..Sebab duta kata,benda tu tak halang air masuk.Boleh berwuduk.Argh!Korang search lah sendiri.Aku pening.;)

Salam Maal Hijrah kat semua ..

Posted by: Eyfa Zalifa 1 doakan Eyfa Zalifa

Assalamualaikum..Sebelum terlambat,nak ucapkan salam maal hijrah kepada semua muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian..

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah.
Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.


Apa-apapun..Salam maal hijrah again.Semoga umat islam terus bersatu..Ameenn..

HUKUM AGAMA;Hukum menindik hidung

Posted by: Eyfa Zalifa 1 doakan Eyfa Zalifa
Assalamualaikum kepada semua hari ini..


Sebagaimana yang kita lihat,wanita sekarang menindik hidung untuk perhiasan.Apakah hukumnya?Adakah berdosa?Adakah ianya HARAM?


Jawapan:Sedangkan melubangi hidung (tindik), maka saya tidak pernah menjumpai pendapat ulama tentang hal itu. Tetapi menurut saya dalam hal ini ada semacam menyeksa atau merubah bentuk seperti yang kita lihat, tetapi mungkin saja orang lain tidak sependapat dengan saya. Bila di dalam suatu negeri perhiasan di hidung termasuk kecantikan dan keindahan, maka tidak ada masalah dengan menindik dan memakai perhiasan di hidung. (Syaikh Ibnu Utsaimin, Majmuk Fatawa Syaikh 4/137)
(Disalin dari kitab Fatawa Ath-Thiflul Muslim, edisi Indonesia 150 Fatwa Seputar Anak Muslim, Penerbit Griya Ilmu)

Apa hukum menggunakan gelang di hidung untuk hiasan?*seperti gambar di atas

Jawapan: Diperbolehkan bagi wanita untuk berhias dengan perhiasan sebagaimana adat kebiasaan, meskipun ia memerlukannya untuk melubangi sebahagian tubuhnya, seperti menindik telinga. Jadi menggunakan gelang di hidung diperbolehkan sebagaimana diperbolehkan menindik hidung sapi dan mengikatnya dengan tali untuk mengendalikannya. Dan hal itu tidak dianggap sebagai kesia-siaan.

So,hukum memakai gelang di hidung,atau pun menindik di hidung bagi wanita,TIDAK BERDOSA jika bertujuan untuk perhiasan.So,all out there,janganlah nak perli orang kata macam lembu ok.Tak baik.Dosa bertambah.Biarkan aje.Itu hanya perhiasan.Dan janganlah kerana kita tidak bersependapat,kita cakap hukumnya haram or macam lembu ditindik..Wallahualam..

Andai Aku Blogger Terkenal

Posted by: Eyfa Zalifa 1 doakan Eyfa Zalifa

Assalamualaikum,salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.Saya harap semua rakan blogger di sana sihat walafiat sajer ye.Ok,setelah sudah lama menikus,bukan apa,terlalu sibuk kerana exams ,hal -hal lain.Rindu sangat untuk update.Tapi kekadang terfikir jugak..Apa nak update kan..

So,hari nie dapatlah satu idea..Apa kata start ngan benda elok..Join contest!Hehe..Tentu seronok.Believe me.Im not tooooo good in karangan,But i still try my best to make it look well and interesting k.
First of all,i would like you to introduce to an interesting contest..Contest ini diberi tajuk :"Andai aku Blogger Terkenal"

Dianjurkan oleh bukan 1,bukan juga 2,tapi 3 orang blogger!Wah!Hebat tu..

1.http://ain-soofiyah.blogspot.com
2.http://balqiszahar.blogspot.com
3.http:// snissakarim.blogspot.com


1-Sila WAJIB follow blog penganjur:

http://ain-soofiyah.blogspot.com
http://balqiszahar.blogspot.com
http:// snissakarim.blogspot.com

2-Buat post yang bertajuk Andai Aku Blogger Terkenal
3-Buatlah karangan anda melalui proses berangan anda.. Andai anda seorang blogger terkenal
4- Masukkan banner dalam post anda
5- Sila letakkan link penganjur bertiga dalam post anda
6- Sila tag 3 orang kwan yang anda dan inform pada mereka
7 Sila isi form anda di (dalam blog penganjur ada linknya)
8- Tarikh tutup sehingga 10 Disember 2011









Masih ragu-ragu nak join?
Hadiah yang ditawarkan
Pemenang 1- Novel pilihan anda berharga RM 40 + badge + hadiah misteri
Pemenang 2- Novel pilihan anda berharga RM 30 + badge + hadiah misteri
Pemenang 3- Novel pilihan anda berharga RM 20 + badge + hadiah misteri
Saguhati 1- Hadiah misteri + badge
Saguhati 2- Hadiah misteri + badge
Saguhati 3- Hadiah misteri + badge


Takkan tak nak join lagi an?hehe..Bersyukurlah dengan apa yang kita akan dapat..hehe..


Ok,Bismillah Hirrahman Nirrahim,saya mulakan angan-angan saya.Eh,karangan saya..


Andainya aku ditakdirkan menjadi seorang blogger terkenal,aku akan menubuhkan satu persatuan untuk menjemput semua blogger terkenal seperti Maria Elena,Hanis Zalikha,Ben Ashaari,Fatin Liyana,Cik Epal,Lyssa Faizureen dan banyak lagi.Blogger yang sudah kukenal,walaupun tidak begitu terkenal seperti blogger2 yang kusenaraikan,aku akan menjemput mereka juga.Ajak mereka ini bercuti ke,melancong bersama ke..kan?

Tentunya bukan saja2 kan,tujuanku untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan menunjukkan kepada insan lain bahawa jika kita sudah terkenal,tidak penting kita mempunyai sikap sombong dan angkuh.Dan memberi peluang kepada blogger lain untuk berkenalan dengan mereka yang sudah terkenal agar dapat berkongsi pendapat,cadangan dan kisah masing-masing untuk mengubah diri ke arah berjaya dan terkenal.Hal ini kerana,suatu masa dahulu,aku juga merupakan seorang blogger biasa dan tidak terkenal,Jadi apabila aku sudah terkenal,aku akan menjauhi sikap tersebut yang menjerumus ke arah kejahatan dan aku tidak ingin dipandang hina.Bagiku semua manusia tidak berjaya pada mulanya.Hal ini kerana,


Failure is success if we learn from it.
Malcolm Forbes


Selain itu,aku juga akan berusaha untuk menganjurkan contest,event atau perkara lain agar aku dapat menambahkan bilangan followers aku untuk memberikanku semangat untuk teruskan cabaran dalam dunia blogging.Dengan ini,aku akan dapat berkongsi pendapat dan berita terkini kerana jika followers ku banyak,maka semangatku untuk blogging akan bertambah.  Tentunya sikap negatif diri sendiri dapat diatasi apabila diri menjadi tumpuan orang lain kan..Aku akan menjadi idola segelintir mereka dan mengubah diri ke arah kebaikan supaya dapat membimbing orang lain ke arah kebaikan.

Hal ini kerana,sebuah blog yg tidak mempunyai pembaca yang ramai ibarat pokok yang tidak berbuah.Semangatku akan bertambah dan aku akan makin rajin untuk blogging daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti melepak,berchatting yang tidak membawa faedah dan sebagainya kerana aku harus memikirkan bahawa tentu pembaca blogku tidak sabar-sabar untuk membaca entry blogku.Tentunya blogku sebelum ini suram sepi kerana bukan ada ramai pembaca,namun Aku akan mencoret entry yang menepati citarasa blogger dan pembacaku di luar sana.


I've failed over and over and over again in my life and that is why I succeed.
Michael Jordan



Seterusnya,aku tidak perlu menyusahkan ibu bapaku.tidak perlulah aku menadah tanganku untuk meminta duit belanja bagi pergi ke sekolah atau ke mana jua.Bukanlah aku selalu minta duit kepada parents tersayang,namun aku ingin mengurangkan beban mereka menanggung persekolahanku.Selain itu,aku akan mendapat duit tambahan bagi membeli sesuatu yang aku idamkan melalui blog dengan bantuan iklan atau pihak lain.Tentunya seronok apabila tanganku mengenggam wang beribu-ribu atau beratus-ratus.Sudah terlalu banyak yang aku fikir untuk menggunakan duit tersebut.

Akhir sekali,semua orang tentu tidak sempurna.Andai aku blogger terkenal,aku ingin berkongsi ilmu yang aku pelajari dari mana jua bagi manfaat bersama.Aku ingin meluahkan segala-galanya di blog yang tersayang untuk tatapan para pembaca.Jika followers ramai,tentunya aku akan bersemangat untuk berkongsi tips,petua,cadangan,pendapat dan teguran.Tentunya ramai yang inginkan tips,dan aku akan berusaha untuk memberikan tips yang berguna.Aku akan menubuhkan sebuah group atau persatuan bagi para bloggers meluahkan rasa tidak puas hati mereka dan aku akan mengubah diriku melalui teguran itu.InsyaAllah...Everone is not perfect..


Rasanya sudah banyak yang ku luahkan di sini..Sekian Terima Kasih kerana sudi membaca ya wahai pihak penganjur.Memang boring an?Dahlah panjang,macam karangan bosan plak tu..Huhu..Nak wat camner..tu jelah idea saya..dahlah a bit emo kan.so tak banyak idea sangat..huhu..apa pun harap dapat juga menjadi pemenang.sagu hati pun alhamdulilllah lah kan..Manalah bertuah sangat kan..Sekadar mencuba nasib kerana selalunya memang biasa menang dalam esei2 nie..hehe..dah macam esei plak. Tapi maybe rasanya kali nie tak kot..ayat berterabur an?hurm..nasib..Mana tahu?Esei aku nie formal sangatlah:)



And syarat dah cukup,dah follow the blogs,tajuk ok..karangan ada..form dh isi..and tag plak :


1.http://lilykamarudin.blogspot.com/

2.http://gurlgemini.blogspot.com/



3.http://miss-nadya.blogspot.com/


Selesai!Teringin nak baca novel ..huhu...*tetibe



10 Makanan Antikolestrol

Posted by: Eyfa Zalifa 1 doakan Eyfa Zalifa


10 Jenis Makanan AntikolesterolWed Oct 24, 2007
Be healthy 
Subject: 10 Jenis Makanan Antikolesterol 


Maybe the following info would be beneficial for those who are trying to cut their cholestrol :- 


1. SOYA 

Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga Dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL) 


2. KUACI 

Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol. 


3. BUAH KERING 

Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima. 


4. EPAL 

Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan. 


5. IKAN TUNA 

termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL. 


6. KACANG TANAH 

Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin 
E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung. 

7. MANGGA 

Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh. 

8. KISMIS 

Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%. 


9. OAT 

Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda. 


10. JAMBU BATU 

Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai


Credit :Internet..x ingat dr mana..dh berapa bulan dh simpamn mende nie..

Kelebihan Ayat Kursi..Wallahualam

Posted by: Eyfa Zalifa 1 doakan Eyfa Zalifa
Kelebihan Ayat Kursi:
1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi
2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tdk akan memasuki rumahmu
3) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat
4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam ...
5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian. Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap orang yg mengamalkan, kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat....


Aku pelik one thing lah..Kalau citer pasal gossip ke,fakta menarik ke..mesto org komen an..but naper org x komen entry agama?Zaman sekarang..dh nak kiamat..org x kisah pasal agama dh..

"Contest Blogger Idol by Achie & Eyda"

Posted by: Eyfa Zalifa 2 doakan Eyfa Zalifa

Klik Header utk join.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kat semua rakan2 blogger yer. .asyik2 tengok blog update pasal GA,CONTEST,SEGMEN an..sabar..ada entry lain yang bakal datang kat blog aku nie..haha..InsyaAllah..

Ok,nak join satu lagi blog contest yang aku rasa begitu menarik ya..Khas oleh Achie&Eyda..Gabungan 2 kuasa..hehe..Ok,tak nak merepek lagi,apa-apa maklumat yang korang nak tahu sila tekan header kat atas tu,coz malas nak bagitahu sini as nanti entry panjang sangat

Well,blogger idola saya ialah Lyssa Faizureen. Sebenarnya ada ramai lagi,namun kewibawaan blogger ini menarik minat saya dan tumpuan saya.


Nama beliau Lyssa Faizureen.,Sweet 19 
Beliau berasal dari Penang.Taken by Mohd Faiz..
E-mail:lyss_ryn@yahoo.com

Cakap sahaja tutorial apa,semua ada dalam blog beliau.Memang mengagumkan.Beliau seorang gadis yang ceria,peramah,tidak kedekut ilmu,cute,cantik,sweet dan awesome.Beliau yang sememangnya minat akan warna pink,telah mengedit blog beliau sejak dahulu kala (apabila saya tengok) blog dengan warna pink itu. 


Saya juga amat kagum akan beliau kerana followers blog beliau seramai (29277) orang pada masa ini iaitu 6.45 pm..Tidak diketahui bilangan yang akan bertambah dalam beberapa saat lagi.Sikap inilah menjadikan beliau blogger idola ku.. Beliau telah menjadi begitu terpengaruh dalam dunia blogging yang penuh cabaran ini.


Saya masih ingat lagi pabila saya tengah mencari tutorial,dan tiba-tiba nama beliau telah muncul di Google search..Akibat tertarik,aku pun menjenguk blog beliau dengan harapan akan menjumpai tutorial tersebut.Setelah terpegun dengan keindahan dan kecantikan blog beliau yang bergemerlapan cantik itu,mulut saya terus ternganga..Haha!Memang tidak dapat dinafikan,sejak hari itu,saya mula menjadi salah seorang dari peminat beliau dalam diam.Sebenarnya,saya memang selalu mendapatkan tutorial di blog belaiu.Dan pada suatu hari,Sis Lyssa telah datang ke blog saya yang x seberapa nie and menjadi salah seorang follower blog yang tak ada apa pun nie.Memang terharu.

Beliau memang baik,Tak tengok pun keburukan blog saya nie.Memang kagum n terharu..touching..

Saya juga telah mendapati bahawa header blog beliau,bahkan bukan itu sahaja,segala-galanya telah berubah dengan kepandaian beliau mengedit blog.Saya cuma mempunyai header blog beliau yang telah saya simpan dalam computer saya sebagai kenangan.Header beliau pada hari itu ialah sebegini:




dan apabila saya menjenguk blog beliau baru2 ni..ianya berubah menjadi begini..


!    ✿LYSSA FAIZUREEN✿   !

Sememangnya yang berubah adalah gambar beliau yang cute menjadi lebih cute.Terdapat juga beberapa gambar dalam blog beliau yang telah dikeluarkan namun peminat setia blog beliau masih mempunyai gambar tersebut..Semua gambar ini memang saya punyai sejak dahulu lagi.Manalah tahu kot-kot akan dikeluarkan.Haha.



Sebetulnya,beliau tidak kedekut ilmu dalam blogging.Beliau seorang yang Happy Go Lucky..Sikap inilah yang menjadikan aku menjadi peminat setia blog beliau dalam diam..Rasanya beliau memang minatpink..Samalah Pada pendapat aku,beliau memang seorang gadis yang kreatif dalam dunia blogging.Lihat sahaja blog beliau.Begitu menarik.Betul kata beliau.Masuk blog beliau terus hepi..

kawaii heart

Sememangnya sebab-sebab yang menjadikan aku peminat beliau dan beliau sebagai blogger idola telah saya nyatakan.Salah satunya adalahsikapa tidak kedekut ilmu.Belaiu memang seorang yang pemurah dengan tutorial dan tips yang berguna.Selain itu,beliau telah menjadi terkenal dalam masa beberapa tahun sahaja.Ini menjadikan aku lebih kagum.Bukan itu saja,blog beliau telah keluar dalam majalah Remaja Oktober 2011..Blog beliau diiktiraf sebagai blog yang cantik.


Nak ke blog beliau?Rugi tak pergi tahu..Dah tutorial lebih dari 100 u know..

Click icon bawah!



Sekarang nie masuk bab matlamat dan perancangan masa hadapan dalam dunia blogging..Well,tidak begitu mengaharapkan untuk menjadi terkenal buat masa ini kerana blog pun selalu tak update due to exams,study..So concentrate to my PMR.Really wanna score.InsyaAllah.Dan mengenai blog ini,sudah holidays kan..So tentunya dapat update blog kalau ada idea atau ilmu yang perlu dikongsi.

Harapan saya cuma agar blog menjadi blog yang mempunyai blog ramai pembaca dan terkenal.InsyaAllah saya akan cuma untuk majukan blog saya ini.Kepada blog terlalu berat to yang ringan.Cari template yang sesuia dan menjadi salah seorang blogger terkenal dalam masa berapa tahun lagi ntah..haha!

Kan best jadi macam Hanis Zalikha,Maria Elena,Ben Asaahri,Irine Nadia Marcello dan ramai lagi.Tidak lupa kepada blogger idola saya Lyssa Faizureen.Perancangan saya memang samar-samar kan..Huhu..Takpelah kalau ada rezeki,maybe akan maju:)

Saya nak tag:

1.http://lilykamarudin.blogspot.com/
2.http://gurlgemini.blogspot.com/

Selesai sudah selidik pasal beliau..hehe..Kalau korang nak join contest nie pun ok gak..Joinlah ye..Best apa..I love this kind of contests..Tapi tak tahulah menang ke tak..Bukannya pandai sangat kan..Manalah tahu kot2 kualitinya 0 je ke..huhu..sedoiii...:) Tapi alhamdulillah..Join sekadar mencuba nasib kan..Sagu hati pun jadilah..Alahamdulillah!Kalau takde,mungkin takde rezeki kan..Uolss doakan i jelah ye..

Sekian terima kasih.Wabilahi taufiq walhidayah,wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Segala silap salah harap dimaafkan.

Footprint sini:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

WHATEVER I THINK Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei