Hukum mewarnakan rambut mengikut syarak

Posted by: Eyfa Zalifa
Assalamualaikum kepada semua pembaca di luar sana.Jom kita tengok hukum mewarnakan rambut/dye.Moga-moga dapat memberikan sebarang informasi.Infromasi ini dipetik dari internet dan dijawab oleh seorang ustaz.


Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan dari kecantikan. ini selaras dengan sabda nabi SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan dan ia bersih dan sukakan kebersihan“.
Oleh yang demikian, perbuatan mewarnakan rambut selain daripada warna hitam adalah harus dengan syarat pewarna tersebut tidak mengandungi bahan-bahan najis dan telap air serta tidak bertujuan untuk menunjukkan kecantikan kepada orang lain.
Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dan lain-lain, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. Mereka semua berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang thiqah. Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :- 
1- Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal, jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.
2- Menggunakan pewarna yang suci dan halal.
3- Tidak mengakibatkan mudarat terhadap kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau alergik ataupun mudarat terhadap janin  akibat bahan kimia pewarna tadi.
4- Memutihkan rambut iaitu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.
Tadi,kat forum tu,ada bebrapa comments..Nak tengok jom..
1."rmai kot pmpn yg akan terasa bila baca entry ni..hehe"
kata ustaz juga:satu je sebab mengapa orang dye rambut. Kerana nak tunjuk pada yang lain. Bila dah niat nak menunjuk, maka hukumnya haram.
2."tapi diorag tak prasan kan….org mlayu kalo dye rambut..it looks horrible!! totally horrible."
3."Apa yang saya belajar dari Pendidikan Syariah Islam, mewarnakan rambut dilarang sebab ia menghalang air wudhu’ dan mandi hadas. Nama pun warna, kan? So, ia sudah tentu menghalang air wudhu’. Seperti juga pewarna kuku, eyeliner dan foundation. Solekan perlu dibersihkan sebetul2nya sebelum mengambil wudhu’ kerana ia menghalang air wudhu’.

Malahan, kalau mayat yang meninggal dengan rambut diwarnakan pun, rambut mayat tersebut akan dicukur kerana ia menghalang air daripada mengalir dengan rata ke seluruh rambut. Sebaliknya, yang saya tahu, menginaikan rambut tak mengapa sebab inai tidak menghalang air wudhu’.
Ada juga jenis yang bleach rambut supaya rambut nampak keperangan. Yang ni adalah haram kerana mengubah kejadian Allah."

4."Bagi kaum Hawa pula, mereka dilarang jg utk mewarnakan rambut walaupun menginaikannya selain dari tujuan perubatan kecuali setelah mendapat keizinan suami. In short, kaum Hawa yg belum kahwin itu tidak boleh mewarnakan rambut mereka. Mereka (kaum Hawa yg telah mendapat keizinan dr suami) tidak boleh menayang rambut mereka kepada orang yg bukan muhrimnya atau ajnabi (orang-orang yg boleh dia kahwani)."
sebenarnya ada banyak lagi comments..But all are seriously terrible.Memang menentang habis-habisan lah!ahaha!Ada yang kata eh apa salahnya..But memamng x salah,,but if for perubatan!I repeat,perubatan!Macam kanser ke kan..

Kesimpulan:
Mewarnakan rambut itu boleh untuk lelaki dan perempuan yg SUDAH beruban putih rambutnya dengan syarat dia pakai INAI dan BUKAN dye rambut di pasaran yang kita sendiri tidak dapat sahkan adakah air dapat menembusinya. Orang yang belum beruban penuh jangan nak berangan nak warnakan rambut ye..
Dan ya, warna yang dibolehkan adalah warna selain warna rambut asal supaya orang lain tidak akan tertipu dengan warna rambut yg masih lg hitam seolah-olah nampak masih lagi muda. Itu tujuan dia Allah haramkan warna ikut warna asal.
Contoh: orang melayu yg rata-rata berambut hitam tidak boleh warnakan rambut warna hitam kembali setelah beruban.
orang putih yg berambut perang tidak boleh warnakan rambut mereka perang kembali setelah beruban.
TAK PAYAH WARNAKAN RAMBUT utk jauhi syubhah!!!
Tak mati pun kalau tak warnakan rambut kan??Dahlah..Tak tahulah nak cakap apa.Hurm..quite this topic here.Korang search lah kat internet k.


so,kalau pakai shurah boleh kowt..Sebab duta kata,benda tu tak halang air masuk.Boleh berwuduk.Argh!Korang search lah sendiri.Aku pening.;)

0 doakan Eyfa Zalifa:

Post a Comment

TERIMA KASIH KERANA KOMEN YA :)Really appreciate it..

Footprint sini:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

WHATEVER I THINK Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei