Gerhana Bulan Penuh Mulai 7.34 p.m. esok.

Posted by: Eyfa Zalifa
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Ada berita terkini lagi.Agak menarik sekadar ilmu dan pemerhatian kita.Masyarakat di negara ini berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh yang akan bermula dari 7.34 malam esok sehingga 1.30 pagi Ahad. *Lama juga eh*

Pegawai penyelidik Agensi Angkasa Negara, Redzuan Tahar, berkata gerhana dapat dilihat dengan mata kasar mulai 8.46 malam, manakala fasa umbra bermula dari 10.06 malam dan akan berlanjutan kira-kira 51 minit.
 "Pencerap di Malaysia akan dapat melihat keseluruhan gerhana dan juga ketika bulan di fasa titik gelap pada 10.32 malam sekiranya tiada perubahan cuaca," katanya ketika dihubungi. 

Redzuan berkata, orang ramai boleh datang ke Planetarium Negara bagi menyaksikan fenomena itu selain mengikuti perkembangan semasa fenomena gerhana bulan penuh kali ini melalui laman sosial Facebook, 'Lunar Malaysia Eclipse'. 

Mereka yang ingin maklumat lanjut boleh hubungi Planetarium Negara di talian 0322734301/4303/5484 atau layari laman web www.angkasa.gov.my/planetarium.

0 doakan Eyfa Zalifa:

Post a Comment

TERIMA KASIH KERANA KOMEN YA :)Really appreciate it..

Footprint sini:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

WHATEVER I THINK Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei