Rahsia Jenis Darah dan Perwatakan

Posted by: Eyfa Zalifa

Anda mungkin boleh melihat sendiri apakah antara anda pasangan anda mempunyai keserasian dan sifat-sifat yang tertentu berdasarkan penelitian di bawah ini.
Kumpulan Darah O:
Ini adalah jenis darah pemimpin. Saat melihat sesuatu yang diinginkan, orang dengan kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-setter, setia, punya daya juang yang tinggi dan percaya diri yang kukuh. Darah jenis ini susah didapati dan hanya ada di dalam tubuh segelinitir manusia sahaja.Darah jenis O NEGATIVE VOLEH MENDERMA KEPADA SESIAPA SAHAJA SEBAB ITU DIKENALI SEBAGAI UNIBERSAL DONOR.Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetitif.Means,kalau dia nak something tu,dia akan dapatkan jugak..Dia ingin jadi ketua dalam semua hal kerana dia yakin dia mampu handle something..*betul gak..kena ngan aku  :) Memang semua betul :) Yang pasal sombong tu ta ngam ngan aku.kalau aku,cepat je aku ngam ngan orang ngan muka tak malu aku.:)
Kumpulan Darah A:
Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dengan baik dengan orang lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dengan santai dan cenderung keras kepala.
Kumpulan Darah B:
Anda punyai tabiat keras kepala dan individualis, suka berterus terang tanpa memikirkan orang lain dan melakukan sesuatu dengan cara sendiri. Namun anda juga kreatif dan fleksibel, dan boleh beradaptasi dengan mudah terhadap segala situasi. Namun kelemahan yang anda miliki adalah cenderung terlalu pentingkan diri  boleh merugikan.
Kumpulan Darah AB:
Dingin dan terkawal, makanya tak menghairankan teman menjadikan anda sebagai tempat berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Anda dilahirkan untuk menghiburkan orang lain secara semula jadi. Namun sayangnya anda cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain.
Selain boleh meneropong watak dan keperibadian seseorang, jenis darah juga boleh menjadi panduan untuk menentukan diet yang sesuai, ternyata boleh juga.
Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan.
Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang.
Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu.
Dalam bukunya, “Eat Right For Your Type” yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki.
Menurutnya, diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain.
Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit.
Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh.

P/S:BY THE WAY AKU PUN BARU CHECK DARAH HARI TU ,HUHU..AND IM IN O POSITIVE :) Sama ngan my .....hehehehe :) Korang jenis darah mana and betul tak pasal yang perwatakan anda tu?


0 doakan Eyfa Zalifa:

Post a Comment

TERIMA KASIH KERANA KOMEN YA :)Really appreciate it..

Footprint sini:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

WHATEVER I THINK Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei